Monday, April 22, 2013

KENAPA RASULULLAH TIDAK MEMPUNYAI BAYANG


Semua sedia maklum satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya. 
Rahmatan Lilalalmin.

baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...

Ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

Sollu alan Nabi...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ 

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid -

ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu 

Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)

13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)

14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)

15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya Qarin tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)

والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Wallahua'lam...

P/S : Jika terdapat kesalahan, mohon ditegur :-)
Terima kasih kepada mereka yang menegur kesillapan saya.







45 comments:

  1. Replies
    1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


      Delete
  2. Saya meragukan kisah sahabat yang meminum darah Rasulullah sedang Beliau tidak menegur sahabat tersebut. Darah salah satu yang haram untuk dikonsumsi (Qs Al Mai'dah : 3)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darah nabi tidak seperti darah manusia lainnya. Hadis itu memang jelas dan bukan palsu.

      Delete
    2. Memang ada hadis tentang seorang sahabat rasulullah saw yang telah meminum darah baginda. Dan sahaja itu diharamkan daripada api neraka kerana didalam tubuhnya ada mengalir darah rasulullah...

      Delete
  3. Maaf sekadar mau berkongsi, alangkah tidak baik kalau membeza2kan nabi. Mmg benar Rasulullah saw kekasih Allah. Tetapi jangan dibandingkan dengan nabi-nabi lain.....wallahualam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak kelihatan langsung penulis menulis dengan nada mengkritik kpd nabi-nabi lain. Apa yang nyata dijelaskan adalah , Keutamaan Rasulullah SAW shj . Anda terlalu serong berfikir .

      Sebagai umat Muhammad SAW , menjadi kewajipan kita mengetahui keistimewaan , kelebihan insan yang di panggil "Rahmatan Lilalalmin " ini . Tiada apa salah pun , kalau kita lebih mengutamakan Nabi SAW dari nabi2 terdahulu . status baginda bukan sahaja sebagai kekasih Allah , tetapi ketua segala para & nabi dan rasul . kita sebagai umat baginda seharusnya berbangga dengan hasil kerja penulisan ini . bukannya bersikap negatif seperti anda.

      Delete
    2. Mu nak kene ngaji lagi ni ashraf

      Delete
  4. lebih baik menceritakan kisah nya yang sebenarnya menurut alqur'an dan hadis yang benar

    ReplyDelete
  5. Subhanallah. Terima kasih atas info :)

    ReplyDelete
  6. Janganlh kamu menyamakan peluh busuk kamu dgn peluh nabi,menyamakan tidur mayat kamu dgn tidur nabi yg tdk pernah mati hatinya,dan jangnlh kamu menguhukum nabi dgn wahyu Allah,sebb ada sesuatu perkara yg dikhususkn Allah kpdnya dan ada sesuatu perkara yg d haramkn Allah kpdnya

    ReplyDelete
  7. Contoh perlara yg khusus bg nabi
    -beliau tdk batal wuduk krn berbaring atau menyentuh wanita (sedangkn dlm quran melarang krn bolh membtlkan wuduk)
    -beliau diizinkan oleh Allah menikahi lebih dari 4 isteri(sedangkn dlm quran menghadkab hanya 4isteti)..
    - dan beberapa perkara lagi yg khusus bagi Baginda SAW.

    Dan ade juga perkara yg halal bagi kita umatnya tetapi haram bagi nabi saw iaitu:
    -Baginda dilarang menerima zakat(sedangkan al quran menizinkan org fakir meberima zakat)
    -Baginda dilarang mengahwini wanita kitabiah(sedangkn quran mengizinkannya)..dan sebagainya..
    -janganlh kita menghukum sesuatu perkara(halal@haram)tu berdasarkn kejahilan kita lebih2 lagi berkenaan dgn keperibadian baginda krn khuatir akan menjadi suatu penghinaan keats baginda saw
    -Dan banyak kitab2 para ulamak yg memuatkan dalil tentang keutamaan baginda ats para rasul lainnya.
    -bukan bertujuan utk menghina@atau merendahkn martabat nabi yg lain tetapi utk pemberitahuan kpd umatnya siapakah Muhammad saw.?krn setiap rasul ada gelaran,pangkat dan darjat masing2,begitu juga dlm kalangan para malaikat ada yg tinggi kedudukanya disisi Allah dan menjadi ketua bgi para malaikat yg lainnya yakni Jibril as,seperti yg dinyatakn dlm quran.
    -dan sudah tentu org yg paling tinggi pangkatnya lebih mulia disisi Allah namun siapakh dia?
    -yg tinggi pangkatnya dan yg paling tinggi pangkatnya,, begitulah perbezaan muhammad saw dan para rasul yg lain hanya 2patah perkataan sahja
    -Allah telah memilih plenet bumi melebihi planet yg ade,Allah telh memilih hari jumaat melibihi hari lain,Allah tlh memilihbulan ramdan melebihi yg lain dan dlm bulan itu Allah memilih malam lailatul qadar melebihi malam ramdan yg lain,Itulh pemilihan Allah keatas makhluknya.dan pemilihan ini juga tdk terkecuali berlaku kpd para rasulnya.sebb ianya berlaku mengikut kehendak Allah.firman Allah"Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain"(surah baqarah:253)..namun Rasul yg manakh dilebihkan olh Allah ats sebahgian Rasul yg lain???

    ReplyDelete
  8. MAAF skdr kongsi..saya sgt x myokong dan x stuju brkenaan knyataan ashraf..bkankah stiap nabi itu bbza dan ada keistimewaannya tsendri d sisi ALLAH dan mkhluk?apakh dalil kukuh yg myatakan stiap nabi itu xda beza???

    ReplyDelete
  9. tuan ashraf...kita ni yg hdup d akhir zman kna ikut aqidah ahli sunnah waljamaah..apa yg tlh dwariskn para solehin kpd kita itu la yg trbaik.jgn nk btindak ikut emosi dan pndapat sndri nti aqidah jau tpesong.kembali la k jln yg bnr dan mnuju allah swt..wallahualam

    ReplyDelete
  10. terima kasih sebab bagi info dan cerita2 para nabi..kita jadikan cerita2 para nabi sebagai contoh panduan hidup kita....allahualamm...subhanallah...allahuakbar

    ReplyDelete
  11. Lebih baik kita berdiam dr bnyk berkata2 dan berbahas mengenai hadis2 sekiranya kita tidak mengetahui, kerana ia bole mendatangkn perpecahbelahan ukhwah umat islam...

    ReplyDelete
  12. Ingin rsanya bertemu rasulullah..
    Indhnya akhlak peribadi beliau :')

    ReplyDelete
  13. Aku sayang Rasulullah

    ReplyDelete
  14. I Love Allah, I Love Nabi Muhammad SAW :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilove Allah S.W.T and Rasulullah S.A.W too

      Delete
  15. Alhamdulilah... subhanallah.... bersyukurlah kite semua tergolong dalam umat nabi muhammad SAW.... semoga kite mendapat syafaat nabi muhammad di akhirat kelak... sebelum nabi wafat.. nabi berpesan.. hidup berpandukan al-quran & hadis... nescaya xkan sesat... ya allah rahmatmu sungguh besar & luas... kurniaankan lah kami kesepakatan... jauhlah kami dari perbalahan.... dari Allah kite datang.. kepada Allah kite kembali.... sama-samalah kite melakukan amalan untuk bekalan di akhirat kelak.. dunia ini hanya sementara.. semoga allah s.w.t permudahkan segala urusan di dunia & di akhirat... aamiin... insyaallah...

    ReplyDelete
  16. Assalamulaikum..,
    Jgn pake emosi boooooos..,
    Untuk pak yusha
    Seharusnya kita membicarakn tntang kemuliaan dan keagungan rasulullah dgn lembut.,jgn sprti anda mnyombongkan pengetahuan anda.,tdk pantas anda mnyombongkn diri smntra anda brcrita tentang kemuliaan rasulullah..,dan cara anda memberikn masukan bkan dgn cara rasulullah.. Anda sperti yg paling mulia di bandingkn kita berbicara tntang kisah rasulullah..,
    Dan sbagai tambahan untuk pak yusha.,nabi musa a.s pun mempunyai keistimewaan yg tdk di miliki oleh nabi yg lain2.,bahkn rasulullah..,yaitu mendengarkn wahyu..,dan tanpa perantara.,sdangkn yg lainnya ad yg melalui mimpi dan bathin saja..,itu keistimewaannya nabi musa a.s..,
    Bahkn ketika rasulullah di dzolimi oleh kaum Quraish.,rasulullah brsabda.,terpujilah kau musa.,sesungguh cobaan lmu lebih berat dari diriku..,semoga allah merahmatimu.,(Q.s aL-imran ayatnya saya kurang tau.,yg jelas bunyinya di al-qur'an surah al-imran kurang lebih sperti itu..,
    Maaf..,wassalam

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Azlan@.,hadis mana yg mengatakan darahnya nabi halal di konsumsi...????

    ReplyDelete
  19. Siapalah kita nak membahas semua tu... Bagus infonya terima kasih admin untuk menambah pengetahuan.

    ReplyDelete
  20. yg merasa pnya ilmu pengetahuan jangan merasa orang yg menjelaskan sesuatu itu dibilang paling pinter,,tapi simak dan dibaca ,klo ada salah diluruskan bkn ngatain orangnya,,,selama positif mari kita dukung,,ayo berbagi ilmu

    ReplyDelete
  21. Biasakanlah berbaik sangka dulu sebelum kita mengambil sikap atas apa yang di jelaskan saudara kita. Baca dan fahami dulu apa maksud yang di tulis. Jangan langsung mendebat nya. Jagalah hati kita dari sifat dengki. Dan dari sifat kejelekan hati.. Wallahualam....

    ReplyDelete
  22. Nabi adalah insan istimewa dn kekasih Allah .Tidak diciptakan langit/bumi dn syurga dn neraka melainkan krn Muhammad s.a.w (yakni nabi Muhammad SAW).Solat mlm nabi (solat tahajud adalah wajib bagi nabi ttp bagi kita tdk wajib.Nabi tidak terima sedekah kecuali hadiah.Org yg memuliakn nabi juga org yg taat Allah dn akn mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT dgn beriman dn bertakwa pdNYA.

    ReplyDelete
  23. Kita juga dianjurkn supaya solah mlm (tahajud) supaya kita dibangkitkn ditempat yg mulia di akhirat nanti

    ReplyDelete
  24. Btul tuan solah tahajud adalah sebagai solat tambahan utk kita supaya kita ditempatkn dimakam yg mulia nanti

    ReplyDelete
  25. jika nabi berbayang tak akan mengurangi kemuliyaanya, pun jika keringatnya apek, uriennya pesing itu tidak ada hubungan muliya atau tidaknya seseorang.
    jika hadits2 itu benar itu adalah mukjizat. jika haditsnya tidak sahih. justru sifat2 muliyanya terletek dalam akhlaqnya bukan di fisik

    ReplyDelete
  26. jika nabi berbayang tak akan mengurangi kemuliyaanya, pun jika keringatnya apek, uriennya pesing itu tidak ada hubungan muliya atau tidaknya seseorang.
    jika hadits2 itu benar itu adalah mukjizat. jika haditsnya tidak sahih. justru sifat2 muliyanya terletek dalam akhlaqnya bukan di fisik

    ReplyDelete
  27. Allahummasholli 'alaMuhammad wa 'ala ali Muhammad
    Shollallahu 'alaihi wasalam

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🙏

    Tentang sebuah hadits yang menyatakan bahwa Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ sendiri mengakui bahawa Baginda mempunyai bayang-bayang, diriwayatkan dari Anas bin Malik, katanya:

    بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي ذَاتَ لَيْلَةٍ صَلاةً ، إِذْ مَدَّ يَدَهُ ، ثُمَّ أَخَّرَهَا ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَ فِي هَذِهِ الصَّلاةِ شَيْئًا ، لَمْ تَكُنْ تَصْنَعُهُ فِيمَا قَبْلَهُ ، قَالَ : " أَجَلْ ، إِنَّهُ عُرِضَتْ عَلَيَّ الْجَنَّةَ ، فَرَأَيْتُ فِيهَا دَالَيَةً قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَتَنَاوَلَ مِنْهَا شَيْئًا ، فَأُوحِيَ إِلَيَّ أَنِ اسْتَأْخِرْ ، فَاسْتَأْخَرْتُ ، وَعُرِضَتْ عَلَيَّ النَّارُ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ ، حَتَّى رَأَيْتُ ظِلِّي وَظِلَّكُمْ فِيهَا ، فَأَوْمَأْتُ إِلَيْكُمْ أَنِ اسْتَأْخِرُوا ، فَأُوحِيَ إِلَيَّ أَنْ أَقْرِهِمْ ، فَإِنَّكَ أَسْلَمْتَ وَأَسْلَمُوا ، وَهَاجَرْتَ وَهَاجَرُوا ، وَجَاهَدْتَ وَجَاهَدُوا ، فَلَمْ أَرَ لَكَ فَضْلا عَلَيْهِمْ إِلا بِالنُّبُوَّةِ ، فَأَوَّلْتُ ذَلِكَ مَا يَلْقَى أُمَّتِي بَعْدِي مِنَ الْفِتَنِ " 





    "suatu malam Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ mengimami kami solat, dan ketika sedang solat Baginda صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ melunjurkan tangan Baginda kemudian Baginda menariknya semula. Maka kami berkata kepada Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ -selepas solat-: "wahai Rasul Allah! Kami melihat kamu melakukan sesuatu dalam solat yang kami tidak pernah lihat kamu melakukannya sebelum ini", maka Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ menjawab: "sungguh -semasa solat tadi-, Syurga telah diperlihatkan kepadaku, dan aku melihat dalamnya, buah-buahan yang amat hampir dekat, aku ingin mengambil satu akan tetapi aku diberitahu agar bertahan, maka aku pun bertahan dan tidak mengambilnya, kemudian Neraka diperlihatkan kepadaku, hingga aku nampak bayang-bayangku serta bayang-bayang kamu semua, maka aku berisyarat dengan tanganku untuk kamu semua berundur..."





    [Hadith Sahih: dikeluarkan Ibn Khuzaimah dalam kitab Sahihnya Mukhtasarul Mukhtasar (2/50), bahkan kata Imam Abu Awanah dalam Ithaf (1063): "هَذَا الْحَدِيثُ يُسَاوِي أَلْفَ حديث - hadith ini menyamai seribu hadith", saya berkata: dan ini adalah isyarat Tashih (pensahihan)]

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. http://wahairasulullah.blogspot.com/2013/04/rasulullah-saw-adalah-insan-tanpa.html?m=1

      Delete
  29. http://wahairasulullah.blogspot.com/2013/04/rasulullah-saw-adalah-insan-tanpa.html?m=1

    ReplyDelete